Aku menghabiskan
ruang masa aku dengan merokok. Seperti aku tiada hala tuju untuk megisi masa
lapang aku ini… Yang aku tahu hanyalah membayangkan apa yang aku inginkan… Aku
hanya manusia yang tak pernah lepas dari silap.. Dan aku juga hanya manusia
biasa yang tak luput dari kesalahan, dosa, mahupun khilaf namun aku tetap
bertahan untuk bisa mencapai kesempurnaan. Adakah aku sikit pun tidak berusaha
hanya mengangankan dan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti?
Aku hanya
inginkan hidup aku penuh dengan kasih sayang bukannya dengan kebencian mahupun
dendam… Tapi prasaan menyesal itu sentiasa ada dalam hati ini hinggakan hidup
aku tidak tenteram... Ia seperti menghantui hidup aku dengan kesilapan aku terhadap
orang yang aku sayang… Lagi aku mahu menebus kesilapan aku,semakin hati aku
berdebar… Mungkin aku terlalu mengejar kesempurnaan tapi aku selalu tersilap
langkah. Tanpa kita sedar mengejar kesempurnaan itu juga membuatkan diri kita
binasa. Dan tanpa kita sedar,kita juga buatkan seseorang itu binasa seperti
kita tak mahu dia melangkah jauh… Bukan niat aku untuk menghalang seseorang itu
untuk teruskankan hidup,tapi aku ingin bersama-sama mencapai hasrat yang kita
inginkan selama ini…
Apa yang
aku cuba sampaikan sebenarnya ni? Entahlah… Aku sendiri tidak tahu…
Aku masih
mencari jawapan aku sendiri…