Aku berlari
dan terus berlari. Mengejar semalam yang kian menghilang. Semakin jauh
dipandangan, samar-samar pula di ingatan. Akhirnya aku tersungkur melutut
ditanah sedar bahawa aku tidak terlawan saat dan waktu. Tak terkejar ketika
waktu yang berlalu. Terlepas hati ini kerana masih mimpi keindahan semalam.
Sesal dihati kerana tersilap caturanku. Sedar akan nikmat yang pernah aku
genggami. Hilang tanpa sempat dikucupi… :’)
bckground
snow purple
falling stars
the dracula text
Tuesday, March 31
Bila Hati Aku Berbicara...
Masa sedang
berjalan… Jarum jam membuatkan hati aku berdebar… Aku masih menunggu sesuatu
yang tidak pasti… Mengejar sesuatu yang tidak mungkin tercapai.. Berharap
sesuatu yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan… Hanya berdoa pada Allah dan
aku berserah segalanya yang Dia tentukan untuk hidup aku…
Aku terlalu
mengikut prasaan… Aku juga terlalu mengikut apa yang aku inginkan… Walhal… Itu
semua hanyalah kepuasan hati aku semata- mata… Tapi… Apa yang aku inginkan
sebenarnya adalah supaya aku berubah walaupun aku sering kali mengulangi
kesilapan itu… Entahlah.. Aku sendiri tak tahu kenapa dengan diri aku ini…
Mungkin manusia seperti aku tak cukup dengan apa yang aku ada sekarang ini…
Bukan aku tak boleh kawal diri aku,emosi aku… Tapi byk bisikan aku dengar… Sebelah
kanan menasihat aku… Sebelah kiri menghasut aku… Dan benda itu aku tak boleh nak
buat keputusan…
Ya Allah…
Tolonglah HambaMu ini… Aku sebenarnya tak mampu.. Tak mampu untuk menghadap
semua ini… Berikan aku kekuatan… Jgn biarkan aku terus hanyut… Aku merayu
padaMu Ya Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)